Friday, March 16, 2007

Recognition of Beijing and Tsinghua degrees

Tony blogged about the recognition of degrees from Beijing and Tsinghua universities on the part of the Malaysian authorities earlier and I thought that this issue had already been resolved. After Chan Kong Choy (who has a degree in Chinese studies from the UM, if I'm not mistaken) stepped to intervene, I thought that the process of recognizing degrees in Chinese studies from Beijing and Tsinghua universities would have been completed by now. Apparently not, according to a recent column by Lee Ban Chen in Malaysiakini.

Pengiktirafan ijazah Universiti Peking dan Universiti Tsinghua
Lee Ban Chen
Mar 14, 07 2:19pm

Sikap teragak-agak kerajaan kita dalam mengiktiraf ijazah Jurusan Bahasa dan Sastera Tionghua dari Universiti Peking dan Universiti Tsinghua – dua Universiti yang tersohor bagi negara China, umpama Universiti Oxford dan Universiti Cambrigde bagi UK – telah menimbulkan tandatanya tentang kebijakan kerajaan kita dalam menangani perkara ini.

Malah, beberapa orang penulis dalam media tempatan secara sinis mengatakan ijazah yang mendapat pengiktirafan seluruh dunia itu, tidak memerlukan pengiktirafan negara kita, kerana nilainya tidak akan terjejas sedikitpun jika negara kita tidak mengiktirafnya, kerana dalam bidang terbabit, berbanding dengan China, negara kita seperti melukut di tepi gantang.

Sikap teragak-agak kerajaan kita ini mencerminkan dasar diskriminasi bahasa kerajaan kita dan telah mengakibatkan sikap berat sebelah dalam pengiktirafan ijazah-ijazah dari universiti dari China, juga Taiwan dan Hongkong selama ini.

Pada 9 Mac 2007, akhbar Oriental Daily telah melaporkan Encik Cao Kok Hing, Ketua Rombongan Perwakilan bagi Biro Kerjasama dan Pertukaran Pendidikan Negara China amat terperanjat dan tidak memahami kenapa kerajaan Malaysia masih teragak-agak untuk mengiktiraf ijazah Jurusan Bahasa (dan Sastera) Cina Universiti Peking dan Universiti Tsinghua.

Tanya beliau: “Jika Jurusan Bahasa (dan Sastera) Cina dari negeri asalnya juga tidak diiktiraf, maka ijazah dari negeri manakah yang berkelayakan untuk diiktiraf?”

Tambah Cao lagi: “Saya tidak pernah dengar ada mana-mana negeri dalam dunia yang keberatan untuk mengiktiraf ijazah dari Universiti Peking dan Universiti Tsinghua, khasnya Jurusan Bahasa (dan Sastera) Cinanya.”

Belajar di luar negeri

Hingga sekarang, katanya, China telah menandatangani Persetujuan Saling Pengiktirafan Ijazah Pendidikan dengan 28 negara, termasuk negara-negara besar dari Eropah seperti Perancis, Jerman dan United Kingdom (UK), dan akan menandatangani persetujuan yang sama dengan negara-negara Asia dalam masa terdekat, dan draf persetujuan terbabit telahpun diserahkan kepada pihak Malaysia.

Menurut beliau, perkembangan institusi pengajian tinggi di China amat pesat – daripada jumlah enrolmen 1.08 juta pelajar pada tahun 1998, meningkat sehingga 5.40 juta pada tahun 2006 – dan permintaan tempat kosong mencecah angka 10 juta. Oleh itu, ramai daripada mereka yang mampu, akan melanjutkan pengajian ke luar negeri.

Pada tahun lalu, seramai 160,000 pelajar dari China telah melanjutkan pengajian di luar negeri, termasuk 12,000 yang datang ke Malaysia. Dan mengikut statistik negara kita, 1,700 pelajar kita telah melanjutkan pengajian ke China pada tahun yang sama.

Jika menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi di rantau ini merupakan dasar tegas negara kita, dan Persetujuan Saling Pengiktirafan Ijazah Pendidikan Malaysia-China sedang diproseskan, maka sikap teragak-agak dalam mengiktiraf ijazah Jurusan Bahasa (dan Sastera) Cina dari Universiti Peking dan Universiti Tsinghua, mungkin memberi persepsi atau gambaran negatif seolah-olah negara kita tidak berminat untuk menandatangani persetujuan terbabit.

Dasar pengiktirafan ijazah yang bukan berasaskan penilaian pencapaian akademi ijazah terbabit, tetapi berasaskan dasar diskriminasi bahasa, juga berlaku terhadap Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Cina Swasta yang diselenggarakan oleh Dong Jiao Zong di negara kita.

Sijil tersebut telahpun diiktiraf oleh ratusan universiti di China, Taiwan, Singapura, Jepun, India, Indonesia dan universiti di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, British, Perancis, Jerman, Rusia, sebagai kelayakan kemasukan ke universiti mereka, dan beribu-ribu pemegang sijil tersebut telahpun lulus dalam pengajian mereka dan dianugerahkan ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD.

Namun hingga sekarang, tiada mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara kita yang bersedia untuk menilai dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Cina Swasta yang telah teruji pencapaian akademinya serta kecemerlangan prestasi pemegang sijil terbabit yang melanjutkan pengajian ke universisti di seluruh dunia.

Dasar-dasar diskriminasi

Di samping itu, banyak lagi dasar-dasar bahasa yang bersifat diskriminasi masih terus diamalkan dalam IPTA negara kita, antara lain:

- Tanpa kelulusan subjek Bahasa Melayu dalam SPM, pemegang ijazah PhD sekalipun, tidak dibenarkan berkhidmat di IPTA negeri kita.

- Persatuan Bahasa Cina tidak dibenarkan berdaftar di setengah IPTA kita dengan alasan kononnya ianya merupakan badan bersifat satu kaum, sungguhpun bahasa Cina sekarang telah merupakan lingua franca antarabangsa seperti yang diakui Menteri Pelajaran Hishammuddin baru-baru ini.

- Tulisan Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan bahasa kaum minoriti yang lain, tidak dibenarkan dalam kampus IPTA, hospital, Parlimen, dan institusi-institusi kerajaan yang lain yang berfungsi “rasmi” , kerana selain daripada bahasa Melayu, bahasa-bahasa lain bukan bahasa rasmi negara kita.

Dalam Jurusan Bahasa Cina di Universiti Malaya umpamanya, tesis bagi ijazah sarjana dan PhD tidak dibenarkan ditulis dalam bahasa Cina. Contohnya, seorang calon PhD yang membuat kajian tentang pemikiran konfusianisme melalui bahasa Cina (moden dan klasik), hanya dibenarkan menulis tesisnya dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, tetapi dilarang menulis dalam bahasa Cina! Kepelikannya umpama seseorang yang membuat kajian Melayu tidak dibenarkan menulis tesisnya dalam bahasa Melayu!

Kepelikan dan ketidak-munasabahan kesemua perkara tersebut berpunca daripada dasar bahasa kita yang hanya mengakui bahasa Melayu/kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal.

Kita memang memerlukan bahasa kebangsaan sebagai lingua fanca antara kaum, namun ini tidak bermakna kaum-kaum minoriti yang lain, tidak berhak untuk menggunakan bahasa masing-masing secara bebas mengikut keperluan, secara rasmi atau tidak rasmi, di samping penggunaan bahasa kebangsaan.


Can any of our readers who are in the know clarify if what Lee Ban Chen wrote is indeed accurate? Have the relevant authorities - probably the MOHE, in this case - failed to act to recognize these degrees from Beijing and Tsinghua or is it just a case of the bureaucracy being inefficient?

One last point - in his column, Lee Ban Chen stated that it was not possible to for a Malaysian to teach in an IPTA if he or she does not have a pass in BM at the SPM level. Is this a fact? If this is the case, it means that if I wanted to, I can't teach in a public uni in Malaysia because I didn't take SPM. My guess is that even if this is official policy, its implementation is probably not strictly enforced given the large number of foreign lecturers.

12 comments:

Anonymous said...

as far as I read from Chinese papers here,

MOE only willing to recognize
"Degree in CHinese Languages Study,
not engineering, doctors, biz, IT etc....

Well, as usual,
what can you expect from
"kampong mentality" leaders' policy! Period"

Anonymous said...

For Beijing and Tsinghua, they do not need any recognition from Malaysia :)

The Student.

Anonymous said...

malaysia is run by a bunch of sinophobes.....make it...xenophobes...

Anonymous said...

Pengiktaran daripada Kerajaan Malaysian megenai ijazah-ijazah negeri China yang sebegitu tersohor sememangnya satu "non-issue". Kita bukan kuasa besar, kita bukan pusat pendidiakn unggul atau apa-apapun yang dikira positif dari segi intelek. Jadi, biarlah. Isu ini akan padam and dunia masih akan berentak tanpa kita.

Anonymous said...

universiti di malaysia ini masih mengamalkan sikap katak di bawah tempurung, dan amat bermegah megah konon nya mereka ini mencapai universiti bertaraf dunia.
sampai bila mereka akan sedar yg mereka menjadi bahan ketawa dunia?

Anonymous said...

Does Singapore recognize our universities degrees or do we recognize Singapore degrees?

We recognize our own OPEN UNIVERSITY degrees....hehe

Anonymous said...

Yes yes, we recognised our own rotten degrees that are not even in any ranking system. Yet the minister said that the ranking does not truly reflect our universities' competency. Wonder if you guys realise, Malaysia indeed has increased her international profile these recent years, thanks to AAB the joker, and a cabinet of punks.

Anonymous said...

u will be surprised that,
china need bolehland more,
as their true friends are quite limited due to Japan/ USA cornering,

in order to tag into muslim brothers nations, and asean space...

as u can see... phil/thai/ spore are depending and pro-USA,
except bolehland who is more neutral.

That is why China in fact is quite flexible and match with us.

Anonymous said...

Guys, could you tell me how to make this Read more link for long posts in blogger? I'm looking for a solution

Anonymous said...

Hi Folks,
It is sad that the main job of the education ministry is not in education, it is in social engineering. Unfortunately for those of us who have to learn a real skill to compete internationally, we have to work out side the system to get to where we are.
I have hired a numbers of graduates from TsingHua University (in Silicon Valley), a lot of the TsingHua and PKU graduates are doing graduate work in the west. They are the cream of the crope from China. I have yet to find significant number of Malaysian university graduates getting into top graduate schools in the West.
For a Malaysia student, if the chice is berween TsingHua and PKU versus a Malaysian U, I would recommend goint to TsingHua or PKU, unless you belong to the group that can get rich without having to work hard or where real skill is not needed.

Best regards,
Frank

Anonymous said...

Inferiority complex in diguise of superiority complex. Refusing to recognize other's greatness & sucess in fear of admitting own 'tininess' & failure... Pathetic...

Rgds,
$

moo_t said...

It take long time for Bolehland MoE to recognize the subject : Sinologist.

Talking about "approving" GURUs on the field.

OMG.

And writing sinlogy study thesis paper in Malay and English for Bolehland university? Another ROFL.

This irresponsible incompetent politikus faculty deans and administration never realize their own chauvinism and stupidity will destroy the university bit by bit.

Anyway, who's care, as long as moron votes politikus, the country will remain 3rd world mentality