Thursday, November 12, 2009

Minister's Reply on Action Against Students at UM

The issue of students being called up by the Disciplinary Board of various universities for offences such as inviting prominent politicians to be judges at a debating competition was raised during the recent budget debate, and the Minister of Higher Education 2 days ago.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nor: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di bawah aspek perundangan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dikuatkuasakan pada 1 Februari 2009 telah membuat perubahan besar kepada sistem tadbir urus, kebajikan pekerja, dan juga hak pelajar universiti merangkumi juga kebebasan akademik.

AUKU sebenarnya tidak menyekat kebebasan berfikir dan kreativiti tenaga akademik dan pelajar universiti. Malahan mereka diberikan kebebasan untuk melahirkan pandangan, pendapat, cadangan dan sebagainya Akan tetapi mesti mengikut saluran-saluran tertentu demi mewujudkan suasana kondusif dan sihat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti.

Berkenaan dengan tindakan Universiti Malaya membawa lapan orang pelajar ke prosiding tatatertib. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan mengenai perkara ini iaitu Yang Berhormat Padang Terap dan juga Yang Berhormat Serdang, tindakan yang diambil oleh pengurusan Universiti Malaya merupakan prosedur biasa bagi mendapatkan maklumat di atas beberapa tindakan pelajar tersebut.

Ini adalah disebabkan oleh tindakan mereka yang menjemput VIP di dalam majlis mereka tanpa mendapatkan kelulusan pihak pengurusan universiti. Kementerian akan sentiasa memantau secara dekat setiap kes yang berlaku di IPT. Namun berkeyakinan kes ini akan dapat diselesaikan oleh pengurusan Universiti Malaya dengan baik berdasarkan peruntukan perundangan dan peraturan sedia ada.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya sedikit. Sekiranya prosiding tatatertib ini adalah satu prosiding yang biasa untuk mendapatkan maklumat daripada kelapan-lapan pelajar ini. Jadi soalan saya, kenapakah prosiding ini ditangguhkan sebanyak dua kali?

Sekiranya memangl pihak universiti mereka hendak mendapatkan maklumat, informasi daripada pelajar-pelajar ini, prosiding ini boleh diteruskan. Akan tetapi nampaknya hari ini mereka memanggil pelajar-pelajar untuk datang menghadirkan diri dalam prosiding tetapi selepas pelajar-pelajar itu menunggu sehingga dua jam, prosiding ini ditangguhkan.

Ini bukan berlaku kali pertama, ini berlaku sebanyak dua kali. Jadi saya hendak meminta penjelasan daripada Menteri, adakah ini satu cara sebagai sesuatu penyeksaan mental kepada pelajar-pelajar ini. dan saya mengharapkan bahawa pihak universiti mestil lebih profesional dalam mengendalikan peristiwa seperti ini.

[...]

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya senang sahaja. Penambahan ke atas apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Serdang. Saya ingin hendak bertanya Lembaga Tatatertib, kerjanya adakah mengadakan satu hearing untuk mendapatkan maklumat? Saya rasa itu agak ekstrem. Hendak mendapatkan maklumat, panggil sahaja penuntut-penuntut tersebut, datang ke bilik dan jelaskan. Tidak perlu panggil satu hearing tatatertib untuk mendapatkan maklumat. Jadi saya agak yang penjelasan itu seperti tidak berapa elok. [Ketawa] Terima kasih.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin [Pasir Gudang]: Beliau... Tan Sri Yang di-Pertua...

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Yang Berhormat Menteri. Isu yang sama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya membangkitkan isu berkaitan dengan AUKU ini. Kita telah menyatakan kebimbangan kita semasa pindaan dibuat dalam Dewan ini dalam dua sesi yang lepas. Menteri memberikan jaminan kepada kita mengenai dasar kita mengamalkan maklumat bersuara dan sebagainya.

Isunya ialah bagaimana pelajar-pelajar ini atau mahasiswa-mahasiswa ini ingin mendengar pandangan balas yang kedua daripada pihak yang lain untuk memantapkan pemikiran mereka.

Pada masa yang sama kita melihat berlaku ketidakadilan apabila yang datang itu adalah daripada pandangan yang berbeza, maka pelajar-pelajar ini dipanggil untuk berdepan dengan lembaga tatatertib. Pada masa yang sama sehari ataupun dua hari sebelum daripada itu, ada daripada UMNO masuk, daripada parti pemerintah masuk dan tidak ada apa-apa tindakan. Pada masa yang sama tidak silap saya, ketika di tangguh buat kali yang pertama, ia bertepatan dengan lawatan daripada seorang pemimpin politik masuk ke dalam Universiti Malaya dan kemungkinan itu menyebabkan protes untuk hearing itu ditangguhkan. Adakah benar dan bagaimana dengan janji yang dilafazkan dahulu ketika tuan masih lagi sekarang menjadi Menteri Pengajian Tinggi?

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada perkara-perkara yang dibangkitkan. Isu yang timbul mengenai kes kelapan-lapan pelajar ini ialah, walaupun program yang dianjurkan itu diluluskan oleh universiti, tetapi permohonan oleh persatuan pelajar ini tidak menyebut siapa yang mereka hendak jemput dan itu sebenarnya yang menjadi isu kepada kes ini. Ini kerana setelah diluluskan permohonan menganjurkan program itu, maka didapati ...bahawa mereka telah membawa ataupun menjemput VIP yang tidak pun dimaklumkan kepada pihak universiti. Maka atas sebab itulah prosiding ini diadakan oleh pihak universiti untuk mendapat maklumat... ataupun laporan yang lebih lanjut daripada pelajar-pelajar yang sedemikian dan penangguhan prosiding ini saya difahamkan, bahawa oleh kerana buat ketika ini pelajar-pelajar sedang melalui peperiksaan. Maka atas sebab itulah prosiding ini telah ditangguhkan.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Okey.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang itu, sebenarnya dalam perbahasan itu saya dijemput pergi sana. Saya difahamkan, kerana kehadiran saya di kampus Universiti Malaya itu yang menyebabkan semua pelajar menghadapi masalah. Akan tetapi, saya bukan ahli politik sahaja. Saya pergi sana menjadi seorang hakim untuk perbahasan bekas-bekas debater dahulu dan saya juga bekas graduan Universiti Malaya. Saya dapat Master saya di sana.

Jadi, saya seharusnya diangkat sebagai seorang bekas graduan Universiti Malaya. Kalau ini pun menyebabkan Persatuan Tionghoa itu menghadapi masalah, macam mana kita boleh mengharapkan yang pelajar kita di universiti ini boleh mempunyai minda yang lebih terbuka? Ini kerana universiti memang masih melayan mereka seperti budak kecil, macam kindergarten student. Saya juga hendak tanya yang pindaan UCA, University and Colleges Act itu. Bukankah kita telah pun memberi lebih ruang kepada para pelajar untuk menganjurkan aktiviti, menyertai aktiviti dan sebagainya? Kenapa hanya kerana saya hadir dalam kampus Universiti Malaya, selepas itu persatuan itu menghadapi masalah, pelajar-pelajar semua dipanggil untuk ke disciplinary board?

Jadi, saya hendak minta Menteri boleh tolong merekakah? Kerana saya rasa ini bukan tujuan yang kita hendak shape mindset pelajar kita di universiti. Terima kasih.

Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih
Menteri. Semasa kita membahaskan pindaan kepada AUKU pada tahun lepas, pihak
kementerian telah memberikan jaminan bahawa pemimpin-pemimpin politik walaupun daripada pembangkang akan dibenarkan untuk masuk ke dalam kampus untuk memberikan ucapan dan sebagainya kalau dipelawa oleh pelajar.

Soalan saya ialah, mungkin saya rasa dalam hal ini pihak kementerian memang tidak
ada masalah untuk memberikan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk masuk ke kampus. Adakah dalam hal ini kemungkinan pihak pengurusan universiti yang go against dasar pihak kementerian. Ini kerana saya rasa ini perkara yang remeh-temeh. Hanya menjadi pengadil.

Adakah perlu persatuan pelajar setiap permohonan itu ataupun pelawaan itu harus mendapatkan kelulusan daripada pihak universiti? Saya rasa ini mungkin pihak pengurusan universiti yang telah bertindak di luar dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Terima kasih.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Saya hendak tambah sedikit sahaja kerana saya hendak membuat satu pembetulan. Saya difahami daripada pelajar-pelajar, memanglah pihak universiti telah mengeluarkan satu surat kepada mereka yang dalam surat itu syarat-syarat yang dinyatakan adalah bahawa pelajar-pelajar di universiti dan juga orang-orang luar boleh dilibat ataupun melibatkan diri dalam debat pada hari itu.

Jadi saya rasa memanglah itu satu kebenaran dari pihak universiti. Ini kerana dalam
surat itu juga tidak nyata bahawa pelajar-pelajar ini tidak boleh mengajak Yang Berhormat Seputehkah atau ajak siapa-siapa pemimpin-pemimpin parti politik. Jadi saya rasalah alasan yang diberi daripada universiti ini memanglah langsung tidak munasabah dan saya memang harap bahawa Menteri bolehlah campur tangan supaya kita boleh tahu, kita boleh dapat satu jaminan, bahawa selepas peperiksaan pelajar-pelajar ini, mereka juga tidak akan dipecat dan diberi amaran keras kerana saya rasa tindakan mereka adalah langsung tidak ada salah.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Okey, Tuan Yang di-Pertua. Memanglah setiap universiti akan menetapkan prosedur bagaimana soal-soal aktiviti yang dibuat oleh pelajar, oleh persatuan dan sebagainya. Semua persatuan di universiti perlu melalui prosedur yang telah ditetapkan oleh universiti tersebut termasuklah kes yang sedang kita bahaskan pada hari ini.

Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa semua pihak termasuklah pemimpin daripada parti pembangkang boleh dijemput sekiranya sesuatu majlis itu berkisar kepada soal-soal yang ada hubung kait dengan hal-hal akademik... Soal-soal, syarat dan segala perkara yang perlu bagi menjayakan sesuatu aktiviti oleh persatuan ataupun pelajar akan ditentukan oleh pihak universiti mengenai peraturan dan sebagainya. Mana-mana pemimpin parti politik, sememangnya dibenarkan untuk menyertai sekiranya ia melibatkan hal-hal yang ada hubung kait dengan soal-soal akademik.

Akan tetapi dalam kes ini malangnya, tidak dimaklumkan kerana Yang Berhormat yang terlibat adalah merupakan pemimpin bagi sesebuah parti politik sepatutnya saya difahamkan, saya dilaporkan begitu, persatuan pelajar itu memaklumkan siapa yang dia hendak jemput dan sebagainya. Jadi di situ masalahnya timbul, kerana tidak dimaklumkan terlebih awal dan jika universiti tidak mempunyai peraturan sebegitu, maka mungkin universiti berpendapat ia akan hilang kawalan sekiranya kes yang sama berlaku, berulang bukan sahaja oleh persatuan ini, tetapi juga oleh persatuan-persatuan yang lain.

Jadi atas sebab itulah pelajar-pelajar ini telah dipanggil oleh pihak universiti untuk menentukan mengapa perkara yang sedemikian boleh berlaku dan kita tunggu apa keputusan yang akan dibuat oleh pihak universiti dan seperti yang telah saya nyatakan kementerian akan sentiasa memantau secara dekat kes-kes yang berlaku di IPT seperti ini.

Namun, kita yakin kes ini akan dapat diselesaikan oleh pengurusan universiti termasuk UM dalam kes ini dengan baik berdasarkan peruntukkan perundangan, peraturan dan juga semangat AUKU yang telah pun kita pinda. Jadi, saya percaya setakat itu yang hendak saya nyatakan mengenai kes ini dan penangguhan kes ini adalah kerana pelajar-pelajar sedang menghadapi peperiksaan buat ketika ini.

No comments: